Saturday 5 December 2015

Modul Atas Talian - Sticker Telegram

Assalaamu'alaikum dan Salam 1Malaysia..berikut adalah nota ringkas cara bina sticker bagi Telegram Chat:

Disarankan agar guna laptop dan install Telegram Desktop 
https://desktop.telegram.org (klik Get Telegram for Windows)

Nota 1:

Aktifkan BOT Sticker di laptop (Program bagi Telegram):
https://telegram.me/stickers (klik untuk install)
Anda akan di minta untuk mengaktifkan Telegram dan klik kotak lancar..

Setelah berjaya paparan berikut akan keluar dan klik Start:



Nota 2:

Taip di kotak teks di bawah tu /newpack atau klik teks biru /newpack tu





Nota 3:

now anda diminta untuk bagi nama pack anda (pack ni macam folder la dlm Telegram, utk klasifikasi stiker anda di mana anda akan cipta banyak lagi sticker nanti dalam pack ini), taip nama tu di ruang "write a message" dan klik Send







Nota 4:


1- Anda diminta untuk memilih emoji dari list emoji sebagai simbol kpd sticker anda
2- Klik icon emoji untuk pilih



jika anda pilih simbol good ini...
dan BOT arah anda untuk hantar sticker dengan format tinggi dan lebar 512pixel x 512pixel atau kurang, tak boleh lebih.
Untuk bina imej ini, anda perlu ada perisian foto/imej editor spt photoshop, printshop atau yang sama waktu dengannya... 



Nota 5:


Bagi menghasilkan imej (edit), saya bagi contoh mengguna Perisian PhotoShop7(ada banyak s-ware canggih lain yg beri hasil lebih menarik, ikut laa kemahiran/minat anda):
Untuk bina tapak sticker, Klik File

1- Klik File, pilih New
2-3 Letak size
4- Pilih Transparent
5- KLik OK


Nota 6:

Buka file imej yg anda kehendakki utk dibuat sticker dalam laptop anda
Klik image dan pilih image size untuk ejas saiz imej bagi ngam dengan tapak sticker, cth di sini saya letak size imej 200 dan Height akan auto sebab kita set
Constrain Propotion


Nota 7:

Heret imej anda yang sudah di edit ke tapak sticker dan ejas sudut pandang yang sesuai



Nota 8:

Buka file imej dalam laptop anda

Pastikan setiap kali anda selesai mengguna Lasso, lakukan ini>
1- Pastikan klik Mover Tool selepas buat editing imej guna tool lain ya..utk arahan seterusnya, jika tidak, anda gagal untuk heret imej tuu
2- layer imej, semua imej anda nampak dlm layer ini
3- heret imej ke dalam bakul sampah untuk delete


K
onsep sticker ialah mengguna imej solid tanpa ada imej sekitar, untuk itu potong imej anda mengguna
1- Tool Lasso/Polygonal Lasso/Magnetic Lasso - ikut keserasian anda
2- Free hand anda ikut bentuk imej
3- Heret imej ke tapak sitcker anda

Klik File, pilih save as web sticker anda mengguna format .png


Nota 9:

Buka folder anda simpan imej, dan heret ke Telegram anda
semasa heret akan keluar 2 ruang, pilih ruang atas yang ada nota 'uncompress'

Jika berjaya BOT sticker akan sahkan jika tidak, BOT akan arah hantar format yang betul..


Nota 10:

Klik publish untuk selesaikan..dan BOT arah anda letak nama bagi folder sticker dalam pack Santai



Nota 11:

BOT telah ciptakan link sticker anda, dan perlu ingat link ini untuk bina sticker lain nanti..



Klik link itu dan anda akan lihat sticker anda telah ujud, dan klik Add Aticker untuk simpan dlm Telegram anda aagr boleh kongsi dengan rakan lain dalam chat


Untuk keluarkan sitcker anda, klik icon emoji, dan klik Stickers, skrul ke bawah hngga anda nampak folder sticker anda



Jika anda mengguna Telegram di smartfon, sticker anda akan aktif jika anda klik emoji yang anda setkan sebagai wakil sticker..

Jika anda bina sticker dengan tujuan berbeza bidang, sila buat newpack dan ikut Nota 4 dan seterusnya. Jika anda rasa nota ini membantu, kongsikan pautan dengan rakan lain yang berminat dan kreatif.

Sekian, seringkasnya nota ini dibina memandu anda haw to create your own sticker!!!

TQ, wassalam